ANJUNG arrow Pembangunan Web
Pembangunan Laman Web

Pembangunan laman web adalah proses konsep, perancangan, pemodelan dan penyampaian kandungan media melalui internet menggunakan teknologi berkaitan yang dapat difahami dan dipapar semula oleh pelayar web atau antaramuka pengguna grafik berasaskan web yang lain.

Matlamat pembangunan laman web adalah untuk membina laman web (koleksi atau sekumpulan fail elektronik dalam satu atau lebih pelayan web) yang menyampaikan kandungan (termasuklah fitur-fitur atau antaramuka interaktif) kepada pengguna lain dalam bentuk mukasurat laman. Elemen-elemen seperti teks, borang dan grafik boleh dimuatkan dalam setiap mukasurat menggunakan tag-tag HTML, XHTML atau XML.

Secara amnya mukasurat laman web diklasifikasikan sebagai statik dan dinamik. Kandungan dan susun atur mukasurat statik hanya boleh dikemaskini oleh secara manual oleh pembina laman web. Manakala mukasurat dinamik sentiasa berubah kandungan dan/atau penampilannya bergantung kepada input pengguna atau interaksi atau perubahan dalam persekitaran pengkomputeran (masa, modifikasi pengkalan data dan sebagainya).

Kandungan dinamik iaitu pengubahan elemen DOM (DHTML) ini boleh dibuat oleh pengguna mengunakan bahasa skrip pengguna seperti JavaScript, JScript, Actionscript, pemain media dan sebagainya. Kandungan dinamik selalunya disimpan pada pelayan dengan menggunakan bahasa-bahasa skrip pelayan seperti PHP, ASP, Perl, Coldfusion, JSP, Python dan sebagainya.

Di anjungMAYA, kami menyediakan perkhidmatan pembangunan laman web pada pakej yang mampu dimiliki.

 
Pakej Asas Pembangunan Laman Web Statik
    
 Pakej RS-Personal RS-Business1 RS-Business2
 No. of Pages  3 5 10
 Languages HTML/CSS HTML/CSS HTML/CSS
 Graphics unlimited unlimited unlimited
 Enquiry/
 Feedback Form
 upon request
    
 Total Cost
 RM150 +
 RM600 +
 RM800 +
   or   
 6-month installments
 n/a RM110 +
 RM140 +
    
    
Pakej Asas Pembangunan Laman Web Dinamik
    
 Pakej RD-Personal RD-Organization RD-Business
 Site CMS Engine Wordpress Joomla/
 PHP-Nuke/
 Moodle
 Joomla/
 Zen Cart/
 osCommerce
 Plugin  Standard  Standard  Standard
    
 Total Cost RM250 +
 RM1,000 + RM1,800 +
   or
   
 6-month installments n/a RM175 +
 RM310 +

 

Untuk sebutharga terperinci kos rekabentuk laman web, sila e-mel pertanyaan ke sales (at) anjungmaya.net.

 
home contact search contact search