| Google Apps |
|
Google Apps adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Google kepada domain pilihan anda menggunakan beberapa produk Google. Produk-produk yang ditawarkan terdiri daripada aplikasi yang berfungsi serupa dengan perisian pejabat tradisional seperti Gmail, Google Calendar, Talk, Docs dan Sites.
Google Apps Standard Edition boleh dilanggan secara percuma tetapi hanya menawarkan saiz penyimpanan data yang sama seperti akaun Gmail yang biasa (pada sekitar 7GB untuk setiap akaun). Bagi Premier Edition, yang menawarkan ruang penyimpanan data sebanyak 25GB pula mengenakan caj sebanyak USD50 atau 40 EUR, setiap tahun untuk setiap akaun. Sementara itu, Education Edition, adalah percuma di mana mempunyai fitur gabungan antara Premier dan Standard Edition. Bilangan akaun yang boleh disediakan adalah sehingga 2,000 bagi setiap domain.
|
||

