ANJUNG arrow Tentang Kami
ANJUNG MAYA RESOURCES (SA0099850-X)

Anjung Maya ResourcesAnjung Maya Resources (anjungMAYA) adalah sebuah syarikat milik persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran SA0099850-X. Bidang pengkhususan perniagaan anjungMaya adalah dalam penjualan produk dan penyediaan perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat dan komputer.

anjungMAYA menumpukan segmen pasaran di Malaysia dengan kumpulan sasaran persendirian, pertubuhan komuniti dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana. Ini berdasarkan kadar kesedaran dan penyertaan yang rendah kumpulan ini berkaitan teknologi maklumat khususnya internet di Malaysia.

Sebagai membantu menambahkan penyertaan kumpulan sasaran dalam aktiviti berasaskan teknologi maklumat, anjungMAYA berusaha menyedia dan menawarkan produk dan perkhidmatan yang mampu dimiliki dan dilanggani. Walau bagaimanapun, anjungMAYA tidak mengabaikan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

 

 

 
home contact search contact search